Grosir10%

Menolak WAHABI | Membongkar Penyimpangan Sekte Wahabi

Kategori: , | Dilihat: 606 Kali
Harga: Rp 64.800 Rp 72.000
Kode Produk:

Stok: 20

Berat: 0.15 Kg

Sejak: 28-01-2026

Beli
Tambah ke Wishlist
Pemesanan Juga dapat melalui :
Rincian Kitab:
» Penulis Buku : KH. Muhammad Faqih Maskumambang
» Penerjemah : KH. Abdul Aziz Masyhuri 
» Penerbit : Sahifa Publishing
» Cover : Soft Cover Timbul
» Dimensi

: A5 (14 x 20 cm)

» Isi Kertas : Book Paper
» Jumlah Halaman : 304 Hal
» Berat : 150 Gram

Deskripsi Produk

Buku ini ditulis oleh pendiri Jami’yah Nahdlatul Ulama (NU) dalam bahasa Arab untuk menjawab kekeliruan yang timbul daripada buku Mau’izhah al-Mu’minin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi khususnya mengenai peluasan makna sabilillah kepada penggunaan umum dalam konteks asnaf yang menerima zakat, serentak mendedahkan penyelewengan faham Wahabi khususnya berkaitan pengharaman taklid kepada empat mazhab dan makna Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Bahagian ketiganya menyorot tokoh-tokoh yang kontroversi dalam pemikiran Wahabi baik sebelum kemunculannya, iaitu Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim al-Jauziyah atau sesudah munculnya Muhammad bin Abdul Wahab serta tokoh modenis, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha, selain tokoh yang mungkin kurang disebut pada masa kini seperti Syukri Afandi al-Alusi al-Baghdadi dan Abdul Qadir al-Tilimsani.

Membaca buku karangan ulama yang hidup pada zaman munculnya gerakan Wahabi ataupun yang sempat berguru dengan ulama atau anak murid mereka yang berdepan dengan kekerasan dan keganasan gerakan Wahabi – tentu kita perlu mengambil kira latar zaman itu untuk menimbangkan nada keras atau tegas yang digunakan oleh pengarangnya. Apatah lagi pertumpahan darah dan serangan ganas yang dilakukan oleh gerakan ini tercatat dalam sejarah sehingga ke tahap pembunuhan ulama dan orang awam serta kepungan kota suci Makkah, selain sudah tentunya tuduhan kafir, syirik dan bidaah ke atas seluruh umat Islam, bahkan sejak 600 Hijrah lagi.

Sebagai pembaca yang membaca karya tentang Wahabi ketika mereka lebih banyak berteriak-teriakan, sudah tentu akan merasakan kalimah yang digunakan untuk menggambarkan gerakan dan pemuka Wahabi agak keras tetapi sekiranya kita memahami faktor zaman dan realiti yang mereka hadapi, kita akan fahami bahawa ia sangat diperlukan khususnya mengelakkan umat Islam di alam Melayu terutamanya, terpengaruh kepada faham yang kacau ini.

Produk Terkait